Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Rabu, 13 Julai 2016

Wellhead dan X’mas tree telah direka untuk memudahkan operasi pengeluaran minyak dan gas di pelantar dengan lebih selamat

Semuanya perlu bermula dengan meletakkan keselamatan berada di hadapan  dan tersemat di dalam minda semua orang yang berada di dalam industri minyak dan gas. Keselamatan pekerja dan juga keselamatan aset syarikat perlu diberi perhatian yang mana Jurutera perlu memahami kesilapan boleh menjadi malapetaka.


Hai,
Assalamualaikum.


Nama saya Fazrol Bin Che isa, Jurutera Servis Wellhead dan X’mas Tree dari syarikat tempatan Solar Alert Sdn. Bhd. Saya juga pernah berkhidmat dengan Syarikat Ryan Cameron Brunei.

Kepakaran saya ialah membantu jurutera muda syarikat induk carigali minyak yang mempunyai masalah untuk memahami fungsi utama wellhead dan x’mas tree semasa proses mencarigali dan semasa pengeluaran miyak dan gas di pelantar ketika operasi berlangsung.

Operasi penggerudian dalam proses carigali adalah operasi yang melibatkan kos operasi yang tinggi. Untuk mengelakkan kerugian yang besar Syarikat induk perlu memainkan peranan penting dalam mengurus dan memastikan perjalanan operasi berlangsung dengan selamat. Ianya perlu bermula dari perancangan diatas kertas yang melibatkan syarikat2 kecil dalam menjayakan sesuatu operasi.

Saya percaya, Syarikat induk Carigali mempunyai S.O.P yang terbaik tetapi itu tidak bermakna kecelakaan tidak boleh berlaku. Setiap kali usai sesuatu operasi, pasti ada research and development. Teknologi baru telah dicipta untuk memudahkan kerja dan telah mengurangkan risiko bahaya kerja. Ini bermakna setiap hari kita sentiasa belajar dengan perkara baru.

Walaupun teknologi baru tercipta, asas kepada kerja-kerja kejuruteraan perlu dipatuhi. Jadi semua jurutera yang mempunyai asas pengetahuan yang kukuh lebih mudah untuk memahami apakah proses terbaru dan system terkini yang telah diperkenalkan.

Maka Wellhead dan X’mas tree juga wujud kerana teknologi baru wujud apabila orang2 terdahulu melihat ianya sangat perlu untuk memastikan keselamatan dan operasi pengendalian menjadi lebih efisien.

Pada hari ini, masih ada lagi ciptaan-ciptaan baru dari syarikat pengeluar wellhead dan X’mas tree untuk memenuhi kritea keselamatan pengeluaran minyak dan gas.

Pemilihan wellhead dan X’mas tree yang betul untuk satu well perlu diambil kira supaya syarikat tidak mengalami kerugian besar kemudian hari.


Tiada ulasan: