Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Sabtu, 11 Jun 2016

Fazrolci.com

Assalamualaikum
Hai

Akhirnya Fazrolci.com dapat link terus ke blogspot ni. Ini adalah salah satu tugasan yang perlu saya selesaikan. lepas tu apa? biar kosong je?

Kali ni saya cuba menulis dengan lebih santai. dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah. Jika penulisan saya kali ini tidak menepati kehendak dan peraturan bahasa, saya mohon maaf. Lagipun Bahasa saya memang gagal masa SPM dulu.

Kenapa perlu ada website ni?
Jawapan mudah, saya follow apa yang mentor saya ajar. Siapa dia tu? Dr. Azizan Osman. Beliau ada banyak laman sesawang. setiap satu projek, akan ada satu laman khas. Jadi, Fazrolci.com ni lebih kepada penceritaan kisah hidup saya.

Inn Shaa Allah, projek saya bersama sahabat lama dari sekolah menengah yang sama sedang dalam pembinaan. Kami sedang bangunkan projek Hanieve, saya pilih nama tersebut sempena menghormati sahabat saya. Pada awalnya saya guna nama Haniff, tapi untuk Hanif.com harganya mencecah RM11K. Haniff.com pun sama, dah ada orang pegang domain tersebut.

Kemudian saya ambil keputusan untuk guna nama ala-ala glamer beliau, Hanieve.com. Alhamdulillah, domain masih kosong, saya boleh beli dengan harga biasa. Beli ke? ya, setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Nabi nak bawa agama islam pun berapa banyak halangan? perang sana sini. Berapa banyak harta dan masa sahabat perlu dikorbankan?

So kalau setakat RM50 pun nak berkira, ROI pun akan berkira juga tau!. ROI tu apa pula Bam? Return on Investment. Terjemahan bahasa - pulangan modal.

Ok la

Setakat ni dulu.

nak tulis panjang lagi.

nanti kita sambung cerita lagi.

Take care uols




















Tiada ulasan: