Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 16 Ogos 2016

Pengurusan Kewangan. Apa yang perlu kita tahu?

Hai
Assalamualaikum.

Tahukah anda bahawa ada dua jenis pengurusan kewangan dalam kehidupan kita?

Atau

Anda tahu ke tentang pengurusan kewangan?

Ia nampak mudah, maksud saya 'simple'. Semua orang pun tahu urus wang. Bak kata pepatah, 'Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.'

Eh?

Ha ha, tak faham tak pe.

Kenapa saya kata ada dua jenis pengurusan wang?
- Sebab, ada dua jenis golongan manusia dalam kehidupan kita.

1. Golongan E&S
2. Golongan B&I

kata ada dua je? tapi kenapa jadi 4?

saja nak bagi lebih faham

Ini formula Robert. T Kiyosaki.

E = Employee
S = Self Employed

B = Business
I = Investor

Saya jelaskan tentang dua golongan ni

A. Golongan satu adalah kumpulan orang-orang yang mencari duit dan menggunakan duit tersebut untuk kegunaan harian.

Sama macam saya, masih bekerja makan gaji.

B. Golongan dua pula adalah kumpulan orang-orang yang ada duit dan menggunakan duit mereka untuk buat lagi banyak duit.

Bestkan kalau dapat jadi orang golongan kedua tu?

Saya juga dalam proses untuk berada dalam kumpulan golongan ke-2 tu. Bagaimana?
Jawapannya ialah Logistik yang betul.

Logistik ialah rakan-rakan disekeliling kita. Ok, sebenarnya Logistik yang kita cari tak semudah itu. Saya sendiri cuba bergaul dengan logistik dengan orang yang ada-ada ni. What do you expect? memang diorang tak boleh masuk dengan kita. chemistry tak ada.

Puncanya begini, Mentor saya kata ia adalah mental block yang ada dalam kepala otak kita. Tapi sebenarnya, Golongan kedua tu pun ada juga yang sombong. Sebab mentor saya sendiri juga pernah berjumpa dengan orang macam ni.

Setelah saya banyak membaca dan study barulah saya faham apakah dia logistik positif yang dimaksudkan oleh mentor saya tu.

Woi abam Faz, kata nak cerita pasal pengurusan kewangan.!

He he sorry, penting sebenarnya anda tahu macammana nak pilih logistik yang betul.

Balik pada pengurusan kewangan yang ada dua jenis tadi. Sebabnya ada dua ialah kerana dua golongan yang saya cerita tadi.

Pengurusan kewangan golongan satu

- Yang ini sangat simple,  Sebenarnya semua orang adalah dalam golongan ini. orang yang ada gaji yakni ada pendapatan sendiri. Kewangan yang mereka perlu kawal ialah wang yang perlu dikeluarkan, tak perlu nak fikir wang masuk sebab yang pasti, cukup time, pergi cucuk kat mesin ATM wang dah boleh keluar. sampai masa juga mereka kena catu untuk kebolehan pengeluaran wang berikutnya.

Dan masalah akan hadir, apabila golongan ini tidak dapat mengawal pengeluaran wang mereka apabila pendapatan lebih mereka disekat/dimansuhkan, mereka panic dan mula menambahkan lagi hutang mereka untuk menampung hutang yang sedia ada.

Saya pernah lalui proses ini. pada tahun 2005 - 2011. memang sakit, tapi Alhamdulillah, saya berjaya melepasi proses tesebut. Mentor saya kata, itu adalah insuran yang saya perlu bayar. he he.

Kemudian 2013 - 2016, saya cuba untuk keluar dari golongan itu, tapi saya tak tahu mana nak mula. maka sampai la ni pun masih bekerja. ha ha.

Pengurusan Kewangan golongan dua.

- Yang ini best. saya dapat tahu pun selepas saya mula membaca pada penghujung 2015. Akhirnya saya belajar dengan mentor pilihan saya pada Mac 2016, melalui seminar IMKK. Memang teruja. Tak nak cerita pasal seminar, cuma selit sikit-sikit tak apa, he he.

Pasal pengurusan kewangan golongan kedua ni pula sangat menarik. Golongan ini banyak duit. Ingat, ada duit tapi tak pandai nak urus pun tak guna. Duit tu boleh habis macam tu aje.

Biasanya golongan ini akan gunakan duit yang ada ni untuk buat duit. Macammana? banyak cara sebenarnya.

1. Hartanah
2. Komoditi
3. Perniagaan
4. Saham

Wow, saya boleh ingat tanpa buka buku. ini adalah satu improvement.

Kalau boleh saya nak explain lagi.

tapi lain kali lah.

saya bagi asas dulu.

Jaga diri
Jaga kewangan anda dengan baik

Assalamualaikum.

Tiada ulasan: