Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 1 November 2011

Iqra!

Bissmillahirrahmanirrahim...

apakah yang dikatakan budaya iqra' ? iqra' membawa makna yang besar dalam kehidupan umat islam.

apa yang korang tengah lakukan adalah budaya yang aku maksudkan...ya!

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekelian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" - maksud al-Alaq:1-5


Kita dituntut supaya membaca dan menuntut ilmu kerana ia amatlah penting dan merupakan bekalan untuk hidup didunia dan di akhirat. Tanpa ilmu kita akan berhadapan dengan musibah yang besar. Tetapi kerana ilmulah seseorang itu dihormati.

Budaya iqra' atau budaya membaca perlu disemai dalam diri kita. Mendidik anak-anak supaya mereka mencintai buku. kena sentiasa rajin bawa anak-anak ke kedai buku, tak kira toko buku besar atau yang kecil ditepi jalan.

Janganlah korang lokek untuk membeli buku. Ilmu yang diperolehi itu lebih mahal nilainya daripada nilai wang. jika nak jimat juga, daftarlah nama dengan kedai-kedai buku yang menawarkan diskaun keahlian dan lain-lain keistemewaan yang akan disediakan.

Tidak salah jika ada bajet RM50 sebulan untuk beli buku pada keluarga. korang dan anak2 juga yang akan dapat faedahnya. Duit tu kalau beli benda2 yang tak berfaedah, lebih baik belanja ke jalan yang membawa manfaat.

Selain memperkayakan ilmu ahli keluarga, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pasti indah jika seluruh ahli keluarga mempunyai  minat yang sama iaitu membaca... bayangkan jika sekeluarga keluar mencari buku bersama-sama dan dapat bergurau senda atau saling bertanya pendapat dan berbincang tentang bahan yang di baca. Suasana ini pasti lebih bermanfaat daripada masing-masing hanya berbual kosong tanpa membawa manfaat...

Wallahu Alam.

Tiada ulasan: