Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 1 November 2011

Apakah kelebihan menyimpan wang anda dibawah bantal?

Bismillahirrahmanirrahim.

(Berborak dengan isteri bertukar pendapat, berpesan pesan antara satu sama lain.) 

Kali ni kami berborak perkara berkaitan dengan simpanan. Ada satu sistem pengurusan kewangan yang membolehkan kita menyimpan dgn amaun yang banyak setiap hujung bulan. Kalau cerita pasal sistem tu, sampai hari ni aku tak dapat laksanakan. Tak apa, apapun sistem pengurusan kewangan yang korang guna, canggih mana pun dan berapa banyak nota yang korang baca, pokok pangkal pengurusan kewangan yang betul ialah cara kita berbelanja dan kita hendaklah sentiasa berjimat.

Berjimat itu bermaksud jangan boros, bezakan kehendak dengan keperluan dan jimat itu bukan bermaksud kita perlu kedekut. Kita kenalah bayar zakat, derma, bagi hadiah kepada isteri dan anak2, bagi duit pada ibu bapa. Perkara itu kita panggil penyucian harta... bayangkan korang ada pakaian yang banyak, korang longgokkan bertimbun, korang pakai, lepas tu tak payah basuh. Pergh....

Jadi untuk berjimat kita kena tahu bezakan diantara keperluan dengan kehendak. Ini semua ada dalam pelajaran ekonomi asas masa sekolah menengah. Sepatutnya matapelajaran itu perlu diambil oleh semua orang waktu sekolah. Tahun aku SPM 1996, hanya kelas aku je ada belajar ekonomi asas ini. Itupun aku main2. Ekonomi tidak sama dengan akaun ya...

So lebih banyak kita berjimat, lebih banyak kita akan dapat menyimpan...

Balik kepada soalan tajuk entri.

Tiada kelebihan pun kalau kita terus menyimpan wang dibawah bantal. Kita perlu asingkan duit perbelanjaan kita dan hanya duit perbelanjaan kita sahaja yang kita perlu guna. Duit simpanan kita hendaklah simpan didalam tabung.

Aku sebenarnya nak cerita tabung yang bagus untuk kita menyimpan ialah dgn membeli saham. Tak perlu jadi hebat seperti orang yang main saham tengok pasaran turun naik pada skrin. Beli sahaja Amanah Saham. Di Malaysia ada 9 jenis Amanah Saham untuk dibeli. Saham yang paling best ialah Amanah Saham Bumiputera. ASB. Orang cina kata, kalau diorang boleh simpan disana, diorang punya simpanan akan maksimum iaitu RM200 000 dalam itu tabung...

Aku baru belajar nak menyimpan, jadi aku tulis nota untuk aku sebab aku sebenarnya yang nak menyimpan. Duit aku dalam ASB ada la RM24 ringgit. Balance duit buka ASN3 sebab aku transfer duit KWSP dalam ASN3. Korang nak tahu ini korang Tanya sama KWSP atau mana2 Cawangan Syarikat permodalan Berhad. Mereka sudi membantu. InsyaAllah.

Aku nak Cerita pasal simpanan ASB.

Promoter pinjaman ASB berkata pada bini aku, kalau kita buat pnjaman untuk simpanan dalam ASB, Dividennya akan lebih banyak daripada kita simpan sedikit sedikit setiap bulan. Promoter tu kata kalau kita buat pinjaman, dividen ASB akan dikira setiap bulan. Sebenarnya memang dividen ASB dikira setiap bulan. Cuma dividennya dibayar setiap tahun. Bila dividen dikira? Setiap 30hb! Ingat simpan di ASB sebelum 30hb setiap bulan!

Aku tak kata yang promoter tu kata salah, semua yang diberitahu adalah perkara yang betul. Ok aku bagi gambaran pada korang dengan dua contoh untuk membenarkan apa yang promoter itu kata.



Kita Anggarkan

**Simpanan = RM12 000

**Dividen = 10% setahun

(untuk mudah kira)

Situasi satu,

Korang buat pinjaman sebanyak RM12 000

Mulakan pinjaman dan mula menyimpan pada januari. (disebabkan entri ni dah hujung tahun, booth untuk orang ramai buat pinjaman ASB banyak dibuka di semua bank tempatan. Tiga bank yang membenarkan untuk buat pinjaman ASB iaitu Maybank, CIMB dan RHB )

INGAT! ASB akan membayar duit dividen setahun sekali iaitu pada bulan januari. Tapi dividen dikira setiap bulan

Jadi setiap bulan korang akan terima dividen



Januari = RM100

Feb=RM100

Mac=RM100

Seterusnya hingga Dis.

Dividen yang korang akan dapat masa ASB bayar dividen tahunan ialah RM1200

(Jumlah simpanan korang pada hujung tahun masih RM12 000, melainkan kalau korang ada simpan setiap bulan. Aku rasa tak kot sebab duit tu korang bayar balik pinjaman pada bank. Err duit tu beku sebab korang masih belum habis bayar pinjaman)



Situasi dua,

Korang buat simpanan RM1000 sebulan

Mulakan menyimpan pada januari.

INGAT! ASB akan membayar duit dividen setahun sekali iaitu pada bulan januari. Tapi dividen dikira setiap bulan

Jadi setiap bulan korang akan terima dividen



Bulan januari korang akan dapat = RM8.30

Feb = RM16.70 ( Dividen meningkat sebab korang simpan RM1000 pada hujung bulan )

Mac = RM25

April = RM33.30

May =  RM41.70

Jun = RM50

Jul = RM58.30

OGO =RM66.60

Sept =RM75

Okt = RM83.30

Nov = RM 91.60

Dis = RM 100

Dividen yang korang akan dapat Cuma

= RM 649.80

(Jumlah simpanan pada hujung tahun ialah RM12000)



Berbanding dgn korang buat pinjaman

Dividen korang ialah RM1200

Perbezaan sebanyak RM550.20.



Ok, situasi tersebut mengambarkan bahawa itu adalah contoh yang akan membenarkan kata promoter.

Aku tak nak kata korang tak boleh buat pinjaman, Cuma aku baru bercerita tentang dimana ada kehendak disitu ada jalan yang mana nota aku berkaitan dgn pengurusan hutang.

Errr, korang nak hutang lagi ke? Berapa percentage bunga yang akan dikenakan dgn pinjaman korang buat? 6% atau 7% Setahun?. ASB paling tinggi tahun lepas lebih kurang tu aje.

So bank Cuma pinjam duit korang untuk dapat dividen ASB.

Korang simpan dalam ASB pun kena bayar zakat tau..

Jadi ingat

Sikit sikit lama2 jadi bukit.

Biarlah duit raya yang korang dapat RM1, Simpan.....

Bagi Muallaf –

1.Dua situasi diatas adalah contoh sahaja. As long korang boleh menyimpan 80 hengget  sebulan pun tak apa. Orang peduli apa sebab itu duit kita. Kira2 aku itu Cuma anggaran. Siapa yang mampu simpan RM1000 sebulan? Orang kaya? Orang kaya tak simpan dah, dia kena belanja sebab dia dah kaya.

2.Nota awal bagitau kita kena jimat. Scroll balik keatas kalau masih tak paham.

3.Tak paham jugak? Pergi mana2 bank, minta penerangan.

4.Disebabkan kita tak mampu untuk menyimpan seribu sebulan kerana banyak hutang, selesaikan hutang dulu...



Nanti aku akan cerita macam mana nak selesaikan masalah hutang mudharat berdasarkan konsep sikit sikit lama2 jadi bukit.



Wallahua’lam.

P/S: jangan simpan duit bawah bantal. Kalau rumah terbakar, dgn duit2 tu semua hangus...
Korang juga pasti risau jika rumah dipecah masuk.

Tiada ulasan: