Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Ahad, 9 Oktober 2011

Jika ada kehendak, tentu ada jalan.

Bissmillahirrahmanirrahim.

Seperti juga 'blogger' dan 'facebooker' lain, semua akan bercerita tentang isu semasa. Aku antara manusia yang sangat pentingkan urusan kewangan. Aku sebelum ini kurang didedahkan tentang ilmu mengenai pengurusan kewangan. Dalam tingkatan empat aku belajar ekonomi, tetapi aku ambil sambil lewa. Ye la masa belajar, kita tidak didedahkan dgn cabaran kehidupan dalam memikul tanggungjawab.

Pembacaan aku kali ini sudah sampai bab lima iaitu pengurusan hutang. Disini aku stop untuk mencatat sedikit nota aku dalam blog.

Ya. bagi ahli perniagaan, hari jumaat(7 oct 2011) yang lepas adalah hari penting bagi mereka. Semasa aku bekerja di syarikat lama di Malaysia dulu, 4 orang pengarah akan duduk didalam bilik conference selepas sembahyang jumaat untuk menonton TV.

Sebelum aku bercerita tentang 4 orang 'director' itu, kita balik kepada nota awal.

Pengurusan hutang diceritakan selepas topik perbelanjaan...

selepas kita tahu tabiat kita berbelanja kita pergi kepada hutang. Berhutang adalah tabiat yang tidak bagus sebenarnya. Memandangkan kita sebenarnya sentiasa dibayangi dgn  kemudahan berhutang.

Kerajaan tidak bertegas dengan perkara ini kerana ia adalah hak individu. Bagi mereka yang terfikir hendak berhutang, cuba renungkan kisah nabi ini.:-

Rasulullah s.a.w sebenarnya tidak menyukai orang islam berhutang kerana hutang merupakan kesusahan dimalam hari dan penghinaan di siang hari. Justeru itu Rasulullah s.a.w selalu meminta perlindungan dari Allah daripada berhutang.

Persoalannya adalah mengapa baginda  berkata begitu(meminta perlindungan dari berhutang)?

Rasulullah s.a.w bersabda:
"kerana kalau seseorang itu berhutang apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia mungkir"
-maksud Hadith.

Jadi orang yang banyak hutang macam aku ni perlu sedar betapa penting mengetahui pengurusan dalam menyelesaikan hutang.

Sebenarnya ianya sangat simple tetapi agak payah dilakukan sekiranya kita tidak boleh menukar gaya hidup sekarang. Anda tahu apa maksudnya... sekiranya kita masih ingin mahu meneruskan gaya hidup yang sama, maka kita akan terus dibebani dgn hutang.

1. Cuba cegah diri anda dari berhutang. Iaitu berbelanja mengikut kemampuan. Elakkan dari terperangkap dengan hutang mudharat, iaitu bermaksud jangan berhutang untuk membeli barangan atau khidmat yang merosot nilainya dgn masa. Hmmm agak2 beli tanah atau rumah nilainya merosot tak?
2. Susun cara untuk melangsaikan hutang, tentukan urutan pembayaran balik. Kadang-kala kita tidak sedar akan wujudnya sumber kewangan yang boleh dimanfaatkan untuk membayar hutang.

Aku akan cerita lebih detail kalau aku ada masa nanti...

Apa kaitan dgn cerita 4 'director' dan isu semasa dgn pengurusan hutang ni?

Sebenarnya aku cuba kaitkan dgn belanjawan negara 2012. Ya kita masih dalam topic yang sama iaitu mencari ketenangan minda dalam pengurusan kewangan kita...

Hai.... dalam banyak hutang pun kita kena buat Bajet? Apa macam nak bajet kalau duit kita tak cukup?

Ya semua orang tahu yang negara kita miskin sebenarnya. Negara kita banyak hutang. Sebab itu Belanjawan dibentangkan. Pembentangan Bajet negara perlu dibentangkan. Sebagai rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan, aku cuma boleh anggap pembentangan bajet 2012 adalah lebih kepada perlaksanaan kita menuju kepada negara maju. Bajet tahun-tahun sebelum ini adalah lebih kepada bajet kerajaan memerangi masaalah hutang yang sangat tinggi. Jadi bajet adalah penting bagi kita untuk kita menyelesaikan masalah hutang...

Apa yang berlaku apabila bajet-bajet tahun sebelum ini dibentangkan? semua rakyat berkeluh kesah dgn bajet yang dibentangkan. Kebanyakan orang tidak pandai membuat bajet yang betul termasuklah aku, apabila aku cuba bentangkan bajet maka ada sahaja perkara yang kurang relevan. Disebabkan aku tiada matlamat kukuh maka bajet aku jadi lari dan aku telah meneruskan kehidupan aku seperti biasa dan terus berhutang.

Kenapa Bajet? Duit kita kan tak cukup..?

Soalan itulah merupakan pendorong kepada penyediaan bajet. Sebabnya, kita nak tahu kenapa duit kita tak cukup.

Wallahu A'lam.

3 ulasan:

AZARIAH AHMAD berkata...

Salam Fazrolci mmg benar jika ada kehendak pasti ada jalan hehe. Trgt kata2 indah guru mengaji Al-Quran dahulu " Jika bulan dah sabit, lambat laun purnama jua " byk pengajaran drpd kata2 indah ini Fazrolci hehe

Ja berkata...

Duit cukup sebenarnya apabila kita berbelanja mengikut keperluan.

Terkejut juga, bila listkan keperluan yang perlu di beli dan beli hanya ikut dalam senarai tak sampai RM 100 pun.

Bila kita membeli di ikuti nafsu dah tentu duit akan banyak mengalir keluar.

bab berhutang pula, hutang yang majoritinya adalah loan rumah, kereta, kredit card dan bil-bil adalah satu keperluan. Kalau kaya raya tak perlu berhutang...beli je cash...

hutang2 lain seperti hutang ahlong memang luar biasa la....anda ada hutang sama ah long ka yang anda rasa pening dengan beban hutang? heheheh

Fazrol Bin Che Isa berkata...

Kak Azariah, thanks for sharing the quote.

hehe sayang, dalam pembacaan abang, dia tulis beban hutang. tak kisah la hutang apa pun semmua tu dipanggil beban...

kalau ikut hukum matematik, kita boleh atasi segala beban dgn menggunakan hukum fizik.

tak mustahil untuk kita menyelesaikan beban hutang....