Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Ahad, 27 November 2011

Aku yang masih mencari

Bismillahirrahmanirrahim

Apakah yang dicari?
Apakah aku cari sebenarnya ini? Kesana kemari mencari. Kemana mana pun masih mencari.

Aku mencari satu.
Apakah aku mencari Satu? Kesana kemari mencari Satu. Kemana mana pun masih mencari.

Aku mencari Teman.
Apakah aku mencari Teman? Kesana kemari mencari Teman. Kemana pun masih mencari.

Aku mencari Jalan.
Apakah aku mencari Jalan? Kesana kemari mencari Jalan. Kemana pun masih mencari.

Aku mencari Petunjuk.
Apakah aku mencari Petunjuk? Kesana kemari mencari petunjuk. Kemana pun masih mencari.

Aku mencari Arah.
Apakah aku mencari Arah? Kesana kemari mencari Arah. Kemana pun masih mencari.

Aku sudah mandi lima kali, perut aku juga kosong satu daripada dua belas, aku pembayar cukai, aku juga makan angin.

Aku mencari Ahli.
Apakah aku mencari Ahli? Kesana kemari mencari Ahli. Kemana pun masih mencari.

Aku mencari Puisi.
Apakah aku mencari Puisi? Kesana Kemari mencari Puisi. Kemana pun masih mencari.

Aku didalam Bilik rupa-rupanya.Aku sedang duduk.

Aku mencari kerja? Aku di "Interview".

Aku hendak bermain bola. Oh! tidak Aku terpanggil untuk menonton wayang.

Oh. Sudah tiada angin rupanya aku ini.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.




Teman berkata -"Wajah Mu akan putih kerana Wudhu, Aku kenal kamu"

Aku Berdiri tegak. 44 tahun.

Aku lulus?

Jika Ya - Maka Ridhwan pun akan menyediakan makan kerana 44 tahun aku lapar, dahaga, letih dan kelesuan. Banyaknya lebih dari khazanah bumi...


Akhirnya aku sedar.

Aku masih mencari apa yang aku cari. Dan carilah hingga aku pasti mendapatnya...

Wallahua'lam..

fAzRoLcI

Tiada ulasan: