Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Sabtu, 3 September 2011

Pengurusan Khazanah dalam kantung seluar sendiri dgn baik membuatkan anda bahagia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun yang amat konflik bagi diri aku, Banyak perubahan telah berlaku. perkara paling ketara ialah aku mula menulis blog. Aku cuba menulis blog ilmiah supaya aku dapat rujuk semula penulisan aku disamping itu aku dapat berlatih untuk menulis. Perkara yang sangat penting bagi aku ialah komen korang semua supaya yang akan memberi semangat kepada aku untuk aku terus perbaiki penulisan aku. Aku tidak harapkan pujian tapi aku lebih redha menerima kritikan yang ikhlas untuk membantu aku terus maju.

Bak kata orang berniaga makanan yang berjaya.

"Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau kami"

Bulan ni aku akan memulakan pencarian khzanah dgn syarikat baru. Perkara pertama yang aku perlu perbaiki ialah pengurusan kewangan keluarga aku. Sebenarnya aku sedang berusaha untuk perbaiki pengurusan kewangan keluarga aku sendiri. pada akhir tahun lepas, aku dah mula mengatur perbelanjaan kewangan.

Memandangkan pengurusan kewangan yang bijak memerlukan disiplin yang tinggi aku amat culas untuk melakukannya. Sehingga terpaksa berikat perut kadang kadang.

Jadi aku perlu tingkatkan pembacaan. bagi aku setakat membaca tanpa membuat nota adalah sesuatu perkara yang amat sia sia. Jadi aku mula belajar menulis nota dalam blog. Kalau korang terbaca, silalah catat nota nota aku, dan kalau boleh olahkan lagi nota tersebut kemudian bagitau aku supaya kita sama2 boleh berkongsi ilmu.

Sebab itu dalam disclaimer aku, pastikan korang tak segan silu copy paste nota aku dan buatlah macam nota tu korang yang punya. he he.

Berbalik pada pengurusan kewangan yang bijak.

Aku cuba dapatkan kaunseling AKPK. ianya lebih kepada kaunseling pengurusan kredit. Aku tak pergi sebab terikat dgn urusan duniawi. err mencari nafkah untuk keluarga tercinta. jadi aku tak dapat nak kongsi pengalaman aku bersama kaunselor dari AKPK.

Sekarang aku sedang baca buku Cukup Wang Hati Tenang oleh Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir. Setakat aku menulis blog ini aku baru baca bab satu. ha ha

Mukadimah kepada pengurusan wang yang bijak.Iaitu pengurusan matlamat kewangan dan kehidupan.

'Jika kita kejar dunia, kita selamanya akan menjadi hambanya, tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita'

Menjadi kaya tidak semestinya bahagia.


Banyak lagi yang akan aku kupas secara ringkas  dan aku akan kongsi bersama korang.

Yang pasti apa yang kita peroleh biarlah dari sumber yang halal...

Salam Aidilfitri 1432H/2011M. - Maaf Zahir dan Batin

2 ulasan:

AZARIAH AHMAD berkata...

Salam Fazrolci hebat sgt perkongsian ilmu ini hehe. Teruskan menulis ya sbb akak suka membaca tulisan Fazrolci hehe

Fazrol Bin Che Isa berkata...

Thank you kak azariah :)

3 perkara yang kita bawa selepas kita mati.
1. Doa dari anak2 yang soleh
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Sedekah dan amal.

best kan kalau dapat jadi guru mengaji Al-Quran... boleh kita kumpul saham di akhirat...

Jadi tak perlulah kita kedekut ilmu. sesungguhnya Allah hanya memberikan ilmu pengetahuan kepada manusia hanya seperti setitis air di lautan yang luas.

Allah yang esa, Maha mengetahui.