Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Nafsu VS Akal

Bulan ini adalah bulan kontroversi.

Semua manusia yang menganut agama Islam sedang bergelut dgn perut masing2. Apa akan jadi sekiranya perut kosong?

Pakar Shopping pernah berkata, Isi perut dulu sebelum pergi shopping. Di situ kita boleh kawal nafsu. Jadi aku cuba kaitkan dengan dengan perut lelaki yang bergelar suami. Dimana seorang isteri perlu menjaga perut suami dia. Tanya aku macammana nak jaga? Korang gosok2 la perut dia... nyaman. ha ha.

Jadi untuk peringatan umum, dimana semua orang pun tahu bahawa semua setan telah di ikat di bulan ramadhan. Sedar tak sedar semua tindakan kita pada bulan ini tiada kaitan dgn makhluk halus tersebut. maka ianya semua adalah dari kita sendiri. Ha Ha. Kita ada diberi satu keistimewaan dan kelebihan oleh pencipta kita iaitu nafsu.

Pernah diberikan 2 malaikat nafsu pada mereka, dan kedua malaikat itu sangatlah tidak dapat mengawal nafsu, maka malulah para malaikat.

Jadi kelebihan lain ialah akal. Kawal lah nafsu mu dengan menggunakan akal.

Berita baik untuk keluarga aku, Mak akan menunaikan fardhu haji pada tahun 1432H/2011M. Aku pesan pada mak : "Tolong doakan supaya Yol dapat pergi kesana juga"

Bulan ini adalah bulan kontroversi.

Banyak perkara menarik berlaku yang perlu aku tangani dengan menggunakan akal.

Ok perut yang bersih akan menjana minda yang sihat!

Salam Ramadhan 1432H/2011M

Tiada ulasan: