Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Ahad, 14 Ogos 2011

Senyum itu satu sedekah?

Orang tua itu sangat marah pada aku... "apa sedekah sedekah? Aku tak mintak sedekah pun dari kau". Orang tua tu memang suka kat aku sebab aku suka teman dia. Nampak hidup dia kosong. Tetapi pengalaman beliau banyak memberi pengajaran. Walau apa pun pelajaran yang dia ada, kita tak dapat nak perbetulkan orang tua yang sudah rosak itu. "melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Untuk PR yang bagus, kita tak guna perkataan orang tua kepada mereka, tapi kita akan gunakan perkataan orang lama. Wah! berseni sungguh bahasa melayu kan? kalau bahasa inggeris kita akan guna 'old timer' (mungkin ko. boleh bantu aku untuk perkataan lain dalam bahasa inggeris). Dalam hidup aku di pelayaran ini (eh, macam cerita rumah kecil atas daun la), aku sentiasa dikelilingi orang orang lama ni. Mereka semua sangat sensitif. Tapi orang tua yang aku jumpa ni dah boleh jadi gu(rakan karib), so aku boleh panggil dia orang tua. ha ha. Pernah aku bacakan surah Yassin untuk kejut dia bangun pagi. Ha Ha. nakal sungguh aku ni. Aku bagitau dia, baca Yassin bukan untuk orang mati je.... Dia punya marah tak ingat. Ha Ha.

Aku bagitau dia senyum itu kan satu sedekah... Kemudian dia marah. Aku kecik hati. Ha Ha. Sensitif jugak aku ya. Sehingga hari ini aku tak tau kenapa dan sehingga semalam aku terbaca satu renungan dalam blog azzalyza. "Senyum itu satu sedekah"

Ada satu cerita pasal makanan dan aku cuba kaitkan dgn senyuman ni. Nabi SAW berjalan dalam satu kumpulan dan telah singgah di sebuah kampung. Seorang yahudi medapat tahu tentang kedatangan nabi. kemudian beliau menghantar seorang hamba untuk membawa makanan kepada kumpulan Nabi SAW. Hamba itu berkata."Terimalah sedekah dari tuanku." Nabi SAW pun mencela makanan tersebut dan menghalau hamba tersebut dgn membawa pergi hidangan yang di bawa. Pada keesokan harinya, hamba yang sama telah datang dgn membawa hidangan makan jenis yang sama. hamba itu berkata, "terimalah hadiah dari tuanku." Lalu Nabi Muhammad SAW pun berkata, "Hidangkanlah kepada sahabat2 ku"


Dan aku telah pun komen pada entri liza yang sedang bersedih itu. Ha Ha.

Akhirnya; baru aku sedar kenapa orang tua sangat marah pada aku.

Ingat ya semua. Senyum itu sebahagian dari iman. (quote paling selamat kalau nak bagitau orang pasal senyuman)

P/S: Orang tua itu telah membuat keputusan untuk perjalanan hidupnya, susah kalau nak kembali kepada kebaikan kalau umur kita telah menjangkau 40-an ( tahun nabi Muhammad SAW menjadi Rasul )

Liza - Betullah; tak semua orang layak terima sedekah. :-)

Tiada ulasan: