Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Ahad, 14 Ogos 2011

Cara aku menjamah KENTANG!

KENTANG!

Gila ah!


Ia merupakan koleksi 172 ilustrasi terbaik dan terpilih yang pernah terbit didalam blog Saharil Conteng. Buku ini telah diterbitkan oleh Sindiket Sol-Jah dan anda boleh dapatkannya dari En.Naga. (En. Naga sepertimana kata Sufian Abas; "Beliau mempunyai misai yang sugguh jantan, dan berfikir bukanlah kekuatannya").

Tak perlulah aku cerita siapakah gerangan penulis buku ini kerana beliau adalah peminat bagi aku.

Apa yang best sangat tentang kentang ni selain dari aku nak dapat 50 like dari beliau? (Setiap like dari Saharil dan rakan pengkritik bebas di Saharil Conteng amat bermakna bagi aku.)

Bagi aku, buku kentang lebih kepada menggalakkan orang bujang mendirikan rumahtangga. Sebenarnya pembacaan buku ini boleh mematangkan pemikiran anda. (Sekiranya anda adalah peminat seni seperti aku walau aku bukannya datang dari formaliti sastera seperti juga penulis/pelukis buku kentang)

Entri pertama (Setelah disusun semula oleh penyelenggara) telah mengajak kita untuk berfikir sebelum kita menghukum. Ia merupakan amaran kepada anda jika terus membelek buku2 ini.
Tapi itu bagi aku. Bagi anda semua yang tengok mungkin berpandangan lain. Itu bergantung kepada individu yang membaca iaitu dari segi umur, intelek dan perbendaharaan kata yang dimiliki.

Disebabkan maksud yang aku nampak pada ilustrasi itu banyak berkisarkan tentang seks, jadi aku galakkan anda semua mendirikan rumahtangga. ha ha. Bagi yang cukup umur dan bujang sahaja.

Ok anda semua nampak maksud lain. Ia tidaklah menjadi satu kesalahan.

Tak ramai yang berani ulas buku kentang ini. Terlalu dalam maksud dalam sesuatu entri seperti yang telah diterangkan oleh saudara Saharil mengenai 'Tali Takal' pada muka surat 77.

Jadi aku ambil keputusan untuk membaca buku ini bersama anak perempuan aku yang berumur 6 tahun.


Penat aku nak terangkan pada dia dalam setiap entri. Aku ambil contoh pada muka surat 70, En.Frederick yang sedang teruja dihinggapi rama-rama yang cantik. Aku terpaksa ambil permukaan entri untuk mengalih pemikiran beliau. Dia tunjuk bahagian anu kenapa naik macam tu. Aku tahu dia pernah tengok anu adik dia naik begitu tapi bagi aku rasa belum sampai masa untuk dia paham itu. So, aku kata itu adalah teruja. "I buy you a bicycle as a gift, how do you feel?" dia jawab, "Happy". So that's mean teruja... Aku taknak pesong kan dia lebih sgt sebab one day dia akan paham maksud teruja itu.

Akhirnya aku pun realise, hidup aku semakin mencabar....

Untuk habiskan satu satu muka surat buku kentang;aku perlu ambil masa yang lama. Sampai hari aku ulas buku ni pun aku belum habis lagi baca buku tersebut.

So, semua orang telah bagi 4 bintang dalam rebiu buku mereka.... aku cuma dapat banyak bintang bila baca buku ini. haha.

Masih banyak lagi entri baru untuk dikomen! apa kata anda semua ke sini dan tolong aku komen! aku suka baca komen anda semua

P/S: Korang kalau telek betul2 buku ni, ia mengajak korang semua supaya lebih bersedia menghadapi hari mati....

1 ulasan:

berkata...

Kentang buku yang paling cepat aku baca. Pembacaan cuma satu lapis sebab semuanya dah baca dalam blog (walaupun tak semua aku faham). Cuma nak tengok yang mana masuk buku yang mana tak.

Sebenarnya, cepat-cepat habiskan Kentang sebab lebih teruja untuk baca Tentang. Sebab selain dalam NME vol 1 dan apa yang ada dalam blog Saharil di Myspace, aku tak pernah baca cerpen tulisan dia.

Oh, cara balut buku guna stapler tu sangat manly! Hahaha. Tapi serius, bila kongsi baca dengan anak-anak ni, memang patut kena balut pun. Kalau tak...faham sendiri la. Hehe.

Aku tak pernah kongsi buku dengan budak-budak tapi selalu jugak layan filem dengan budak-budak. Jenuh jugak fikir nak terangkan plot cerita dan maksud tersirat dialog-dialog semua untuk diorang faham. Sebab macam buku dan lukisan jugak, tonton filem tak boleh cepat sangat melatah cakap orang tu baik, orang tu jahat. Selalunya lebih dalam dan kompleks dari tu.

Dah lari jauh tangent komen aku ni. Maaf ya. =D