Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 27 Mac 2012

Kopi

KopiKopi by Amir Muhammad

My rating: 2 of 5 stars


Bak Kata penulis Roslan Jomel~Pulpa atau sastera - janji sedap. Saya bukanlah seorang penulis yang mempunyai bakat semulajadi yang mana mempunyai darah orang seni. Tapi untuk menjadi pengkritik bebas, semua orang pun boleh. Jadi saya akan komen keseluruhan himpunan cerita kumpulan cerpen dalam buku kopi ini. Jika ada penulis mahu saya kritik penulisannya secara peribadi silalah email kepada saya. he he. Dari gaya bahasa yang digunakan bukanlah gaya bahasa sastera, mungkin itu adalah kerana konsep yang dibawa oleh buku fixi iaitu mengeluarkan novel novel berkonsepkan urban kontemporari. (Oh saya tidak tahu tentang itu). Gaya bahasa moden. Mungkin ada perkataan-perkataan urban yang digunakan oleh anak-anak muda generasi sekarang. Penceritaan tidak mengghairahkan saya. Namun ada juga cerita membuatkan saya berahi. Semua cerita mestilah berdasarkan minuman adiktif yang difikirkan oleh editor iaitu kopi. Kemudian penulis hanya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan cerpen itu Iaitu dalam masa seminggu sahaja. Jadi hasilnya adalah kopi segera. Tidak pula saya kata kopi segera itu tidak sedap.



View all my reviews

Tiada ulasan: