Persembahan perseorangan atau lebih mudah didengari sebagai 'one man show' adalah satu tugas yang amat berat. Tapi bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. lihat sahaja pengemis2 jalanan. bukan mudah sebenarnya kerja mereka itu.
Menjalankan tugas 36 jam terus adalah perkara biasa bagi aku. Dalam 36 jam tu bukanlah kata aku tak tidur langsung tapi kalau tidur pun cuma 'tidur ayam'
Dan macam biasa korang mesti biasa jadi orang tengah. apa yang korang buat bila menghadapi situasi ini? Aku cuma akan jadi pendengar yang baik. Tak perlulah nak jadi 'batu api'.
Ingat setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.
Ini adalah blog peribadi. Pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh penulis adalah dari pengetahuan, pembacaan, pembelajaran dan pengalaman penulis semata-mata. Tidaklah 100% betul dan perlu di rujuk yang lebih arif. Artikel-artikel di dalam blog ini boleh disebarkan dalam apa jua bentuk dan tidak perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada penulis untuk tujuan perkongsian. Semoga ada manfaat bersama.
Tentang Aku
- Fazrol Bin Che Isa
- Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.
2 ulasan:
pemerhati yang licik, akan mampu memperdayakan....tanpa disedari..
pendengar yang bijak, akan pandai mengawal emosi...tanpa prejudis...
pelakon yang hebat, bisa mampu melakonkan apa saja watak, tanpa sedar..dia sebenarnya melakonkan watak dirinya yang sebenar...
kerana dia di perhati..."tanpa di sedari"....
Terima kasih gadis. satu ulasan yang baik.
Setiap perenggan adalah satu cerita yang berbeza.
Anda berjaya menjadikannya satu!
Catat Ulasan