Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kenapa perlu ada agama?

Aku masih berada di negara komunis. Bukanlah bermaksud keseluruhan mereka itu komunis. Aku pernah terbaca tentang komunis ini. Mereka ini tidak mempunyai agama.

Perjalanan kerja aku kali kedua dalam bulan 5-6 tahun 2011, seorang dari mereka sedang membaca bible. Disebabkan keramahan aku pun bertanya sekadar ingin tahu. Kenapa baca?

Mereka rasa kosong dalam hidup.

Nah sekarang kita sudah tahu kenapa kita beragama. Hari ini aku tanya rakan sebilik aku. Kita bercerita tentang keluarga dan sedikit tentang sejarah. Apa sngat yang boleh dibualkan apabila ayam dan itik berbual ya dop?

Rambut beliau ada uban. dia nampak matang. orangnya baik, soft spoken dan sebagainya yang kita boleh kategorikan beliau. Bukan semua mereka itu dibawah pemerintahan komunis itu komunis. Komunis dulu tak percaya agama. Beliau kini berusia 40-an.

Soalan aku kepadanya. "Kau percaya pada agama?" jawapannya "tidak ada." Tetapi... dia mengaku bahawa dengan memiliki agama itu adalah bagus. dari riak air muka dia aku nampak kekeliruan.

Perlukah dia ada agama atau dia perlu teruskan kehidupannya. Aku rasa rugi sebab esok dia akan pulang. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima Islam. Dia sangat baik kalau nak dibandingkan yang lain.

Soalan itu sebenarnya timbul stelah kami bercerita tentang keluarga. Dia mula berumahtangga ketika berusia 26 tahun. Dia kata itu adalah masa yang sesuai untuk mereka yang ingin untuk menamatkan zaman bujangnya. Aku nikah dgn bini aku ketika usia 25. Nabi Muhammad SAW berkahwin dgn Siti Khadijah ketika umur itu.

Nabi juga menjadi Rasullullah ketika berusia 40 tahun. Aku suka islam. Islam adalah cara hidup. Kalau kita betul2 menghayatinya kita akan temu kebahagiaan.

Semua orang yang percaya pada agama percaya ada kehidupan lain selepas mati. Mati didunia adalah permulaan hidup kita di alam lain.

Adakah kita sentiasa bersedia menghadapi mati?

P/S: Apabila kita melakukan sesuatu perkara yang baik didunia, anggaplah kita akan hidup seribu tahun lagi.
Dannnnnn kalau kita sedang menghadap Allah dan berdoalah dengan sungguh sunguh kerana kita akan mati esok hari.

Tiada ulasan: