Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 26 Julai 2011

Poco-Poco

Aku tak tahu asal usul tarian poco-poco. mungkin dari Indonesia. pertama kali aku dengar lagu untuk tarian poco-poco ni masa di atas kapal. geng-geng iban suka sangat main lagu ni. mungkin lagunya agak 'catchy' entah aku tak ingat. tapi aku tak berapa nak suka lagu tu. he he.

Koma.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan untuk mengharamkan tarian tersebut. Keputusan tersebut telah diambil perhatian dan dihormati semasa muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan dapatan daripada kajian awal yang dikemukakan, fakta yang menunjukkan bahawa tarian poco-poco yang dipraktikkan di Malaysia mempunyai kaitan secara langsung dengan ritual penganut agama Kristian masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya dan kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan fakta sebenar asal usul tarian tersebut.

Ok.

Kalau korang nak jugak menari dgn tujuan bersenam atau apa pun aku 'suggest' korang menari dalam rumah je.

Ooooo kalau berjemaah lagi meriah hek. Bagus, aku suka idea tu. Aku harap lepas ni masjid dan surau akan lebih meriah kalau korang ni mempunyai sifat suka berjemaah.

aku tak pulak kata korang tak boleh menari secara berjemaah di taman2 atau dimana saja. cuma masih ada garis panduan yang korang kena patuhi.

  • Sehubungan itu, bagi memastikan apa jua bentuk tarian sama ada poco-poco atau sebagainya tidak bertentangan dengan ajaran Islam, Muzakarah memutuskan supaya sebarang bentuk tarian yang dilakukan hendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah diputuskan sejak tahun 2007 seperti berikut, antaranya:
a) Berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;

b) Gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;

c) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah;

d) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan

e) Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.”

Tarikh muzakarah : 20-22 April 2011

Untuk Maklumat lanjut sila ke

Tiada ulasan: