Entri kali ini aku nak cerita pasal membaca. Aku ingat masa aku berumur sembilan tahun, aku baru pandai membaca. Mungkin aku lambat membaca membuatkan aku tidak suka membaca. Tetapi masa tu aku suka pergi Perpustakaan Negeri Selangor, bukan kerana minat membaca tetapi pasal aku lebih suka bersosial. He he, aku suka naik bas mini pergi ke kompleks PKNS Shah Alam. Bayar RM 0.30 kerana aku adalah pelajar.
Aku dilahirkan tidak suka membaca asalnya; tapi itu kata aku. Pada fitrahnya manusia memang membaca. Walaupun kita sedang memandu kita masih juga membaca ( BACA: baca meter ). Jadi waktu kecik dulu aku suka baca komik. Cikgu ada berkata: "Baca buku cerita kartun, nanti otak jadi macam kartun", ye la selalunya kartun itu menceritakan perkara yang tak masuk akal dan imaginasikan perkara yang bukan2.
Masa anak2 aku umur 0 bulan lagi aku dah ajar mereka tengok cerita kartun ( anak perempuan aku pada hari ini sudah 6 tahun dan anak lelaki aku hampir 4 tahun umurnya. ). Aku ada sebab untuk menggalakkan anak aku melayan kartun kartun ini.
Aku tak salahkan cikgu yang pernah berkata begitu. Ada betulnya. Tetapi itu hanyalah pendapat beliau sendiri. Bagi aku masa aku kecik dulu, banyak yang aku belajar dalam kartun itu sendiri. Belajar tentang kehidupan. Tidak semua kartun itu boleh merosakkan minda kanak2 kecuali kita orang dewasa yang mencemarkannya.
KOMA,
Buku kentang dicetak lewat sebulan selepas buku tentang tapi dipasarkan serentak sebagai pasangan kembar. - Sumber dari pakcik Naga (beliau adalah jeneral sindiket sol-jah yang memasarkan buku tentang dan kentang. http://sinaganaga.blogspot.com/ )
Cukup promosi tentang kentang. korang boleh cari rebiu buku ni di blog pakcik naga. semunya dari penulis, editor, pengarang, artist yang hebat.
Setelah umur aku mencapai 32 tahun. baru aku sedar bahawa membaca itu penting. (aku telah lama tahu bahawa membaca itu penting). Malah ayat Al Quran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah
dalam surah Al 'ALAQ - Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.
Ok ini semua orang yang mengaku beragama islam pasti tahu. Tak perlu aku nak ulas panjang.
Aku cuma mahu ajak korang membaca. Sebab utama adalah.
Kalau dah banyak permintaan pasti harga buku2 yang dijual oleh sindeiket sol-jah akan menurun dan pasti ada ulang cetak kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kita boleh beramai2 tekan syarikat penerbitan sindiket sol-jah untuk mengharamkan penggunaan perkataan 'sold out' pada buku keluaran mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan