Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Rabu, 27 Julai 2011

Jadikan keturunanmu orang orang yang bijak

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi tadi aku bervideo call dgn isteri aku. Dia sedang makan sesuatu dan aku bertanya "Ayang makan apa?" Dia tak jawab lalu dia tunjukkan dekat kamera. Ooooo kacang rupanya. Lalu dia berkata "Nak kena makan kacang sebab lately ni otak dah rasa macam lembab je"

Kemudian aku check e-mail. Kawan aku yang sorang ni selalu sangat hantar artikel-artikel tentang hadis dan ayat Al-Quran juga artikel-artikel lain seperti artikel isu semasa. Aku suka sebab ia boleh menjana input dan memberi inspirasi kepada aku serta aku jua berdoa agar kawan aku tu pun baca sama bukan sekadar cut and paste. Amin.

Tajuk artikel yang dia tampal hari ni ialah ' Bagaimana Yahudi Jadi Pintar '- Artikel ditulis oleh
Dr. Stephen Carr Leon - Seorang lelaki Ingeris dari Amerika yang pada masa itu beliau sedang buat thesis untuk PHD. Lapan tahun untuk kumpul maklumat yang tepat!. tapi artikel tu dah dalam bahasa melayu. tak tahu pulak siapa yang menterjemahkannya. kalau salah isi kandungan artikel tu Wallahu A'lam. Isteri aku pernah bercerita artikel ni pada aku. Jadi aku berminat untuk berkongsi lagi untuk korang semua dan untuk keluarga aku khususnya.
Yang penting kita perlu ambil kebaikan dari artikel yang ditulis. Manalah taukan satu hari terbuka pintu hati doktor tu nak memeluk islam. Amin.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh orang yahudi Israel itu semuanya telah dilakukan semasa zaman ketamadunan islam lagi. Cerita ni dah lama sebab aku dah pernah diberitahu oleh ustaz dan ustazah aku semasa aku skolah agama masa zaman sekolah rendah. ( Aku sekolah kat Seksyen 3, Shah Alam ).
1. Kalau nak kuatkan daya ingatan, makanlah buah badam dgn minum susu.
  • Aku tanya ustaz. mana nak dapat buah badam? Ustazah jawab pergi seven eleven cari coklat yang ada buah badam. WOHA! ok aku buat. memang daya ingatan aku sangat bagus time tu. Alhamdulillah apa yang aku belajar masa sekolah rendah masih terpahat dalam memori ini. apa sangatlah ilmu sekolah rendahkan?...
  • Kalau korang sekolah rendah tahun 85-90; korang pasti ingat pada program susu sekolah. aku tak layak susu free tu tapi untuk pelajar sekolah satu kotak susu itu RM 0.30. kalau ikut gaji Arwah bapak aku, memang tak mampu nak beli. Nasib baik mak aku ada buat kerja sampingan. hehe. Siapa kata kerajaan Malaysia tak ambil berat tentang pembesaran korang semua. Terima kasih pada Tok Det yang perihatin pada masa tu. Itupun bukan idea dia, tapi ada Seorang Dr. lain yang hantar surat pada dia dan cerita pasal kelebihan susu ni. 'Susu lembu yang punya tapi Sapi yang dapat nama.'

2. jangan makan kepala ikan.
  • Yang ini aku rasa cikgu sekolah rendah biasa sekarang pun ada berpesan kepada anak murid mereka. Memang betul ada satu kimia yg terdapat dalam kepala ikan itu boleh melembabkan pemikiran. Harap mereka yang menggaji sains boleh beri jawapan. Adik angkat aku ada kata pada mak aku " Mak, masak siang ikan tu terus buang kepala je senang. " Mak aku jawab; " Mak dah tua, korang tak payahlah makan kepala ikan tu." He he.
  • Masa tu aku belum kenal kari kepala ikan. aku ok. Sekarang tidak lagi. Ha Ha.

3. Minyak Ikan
  • Mana pulak aku nak dapat minyak ikan? Ustazah kata - " Scott Emulsion " - aku kata - OK.

4. Lauk Daging dan ikan tidak bagus dicampur.
  • Aku tak tau apa sebabnya. Tapi masa kuca bubur sura hari tu, ustaz kata; kalau lauk ikan, ikan sahaja, kalau daging, daging sahaja. Lepas tu aku tanya kenapa. Ustaz jawab dah resepinya macam tu. he he.

5. Makan buah dulu sebelum makan berat.
  • Ini adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
  • kalau ikut bahasa omputih kita panggil Appetizer!

Sebenarnya penjagaan makanan ini bermula dari dalam kandungan ibu lagi. Apa yang ibu makan sampai lah kepada anak dalam dalam kandungan.

Menurut kajian, bukan sahaja makan yang sampai dalam kepala otak bayi dalam perut ibu; malah apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa akan sampai kepada bayi. Bayi mula mendengar dan melihat ketika berumur 3-4 bulan didalam kandungan ibu. perkara ini juga telah disahkan dalam Al-Quran. Roh akan dimasukkan kedalam sekitar umur itu. Jadi ingat. kita sudah menjadi ibu/bapa semenjak bayi dalam kandungan lagi. Bagi Ibu yang sedang mengandung please behave yourself. Err, kaum bapa sekali. Bini aku pesan tengok benda2 yang cantik je taw!.

Dan adalah lebih bagus kita banyakkan mengaji. InsyaAllah kamu akan dapat yang terbaik. Aku lebih suka korang banyak habiskan masa dgn aktiviti di masjid dan surau. Semoga anak2 korang akan suka pergi kesana... Amin.

Last but not least.

MEROKOK



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Korang boleh baca artikel yang aku akan paste kat bawah ni. Itu pun kalau korang rajin. Selamat ber amal....




Bagaimana Yahudi Jadi Pintar...



Ini adalah hasil tulisan seorang Doktor inggeris.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.



Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.



Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!



Anda mungkin muskyil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!



Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

1 ulasan:

Fazrol Bin Che Isa berkata...

Oh ya! Susu Ibu adalah yang terbaik untuk anak2 anda!