Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Khamis, 21 Julai 2011

BERSIH

Aku Diarahkan ke Viet Nam, dan aku tiba di Ho Chi Minh City pada 10 Julai 2011. So dalam flight aku baca akhbar yang ceritanya berkisarkan tentang perhimpunan bersih.

Malam tu lepas pusing keliling 'Ben Thanh Market'( pasar Ben Thanh tutup malam hari tapi ada 'night market' malam hari).

Aku beli penanda buku sebab lately ni aku jadi suka membaca pulak.

sebelum naik bilik untuk tido aku, kawan aku dan bos aku lepak tepi jalan minum kopi.

Negara komunis ini tidaklah berapa bersih tapi ia nampak bersih.

aku: saya tak nampak pun bakul atau tong sampah sepanjang jalan ini.
bos: orang tempatan bagitau suruh buang je tepi jalan tu.
Selang beberapa minit. datanglah tukang sapu jalan. lengkap dgn coverall dan juga hard hat.
kawan aku : kalau kita tak buang sampah maka diorang tak ada kerja!

Oh dah lewat malam pun perempuan itu masih bekerja.....

Tiada ulasan: