Bismillahirrahmanirrahim
‘Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka, kerana yang menjaga neraka ini adalah malaikat yang bekeng(garang/bengis), tidak pernah buat maksiat pada Allah Taala dan buat apa yang telah diperintahkan oleh Allah.’
Sebab itu malaikat malaikat itu tiada kasihan belas, maka jagalah solat kamu, kerana solatlah yang boleh mencegoh kamu daripada fasyak dan mungkar. Jika kita dop jaga solat, maka Allah dop jaga kita. Solat ini berbeza dengan ibadah lain, Nabi ambil sendiri, Nabi naik sendiri jumpa dgn Allah Taala, ibadah lain Allah turunkan dgn wahyu,(Haji, puasa, zakat)
Nabi SAW bersabda-“Sebaik-baik ibadah di atas muka bumi ini adalah solat.” Dok layok kita nok pijok bumi Allah Taala ini kalu kita dop solat. Dok layok kita nok makan rezki hok Allah Taala, dok layok kita nok pakai, pakaian hok Allah Taala. Jangan kata pakaian ni hok kita. Dok pakaian ni hok Allah Taala. Nasi minyok hok kita makan ni kata hok kita, dop. Hak Allah Taala belaka. Allah Taala tulis belaka doh, 4 bulan dalam perut ibu, kalau ilmu akidoh ni, lebih awal lagi. Fil Azali. Pada azali lagi dah ditulis segala kejadian yang berlaku. Melengkapi kehidupan dalam dunia ini.
Solat juga merupakan satu perkara yang boleh mencorak kerja buat kita yang lain. Bila comel solat kita, kita jaga molek, solat juga boleh mendinding kita di padang mahsyar.
Berapa ramaikah diantara kita orang islam di Malaysia yang menjaga solatnya? Mengikut kajian Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah, hanya 20% sahaja dalam masyarakat kita hok solat comel. Dimanakah 80 % lagi? Solat 3 waktu sehari, kira dop solat lah tu. Maka disitulah sebesar besar bala.
Tu sebab kalau satu rumah tu ayoh dop solat, ibu dop solat, rumah itu mengundang bala dari Allah Taala. Kalu sorang je anok2 kita kaki ngisap, susoh doh rasa. Dok kata ke pembaca tapi nok bagi contoh je. Lip lap lip lap mari kerete pulis. Allah susoh doh rasa. Jadi ingat, solat itu boleh mencegoh dari fasyak dan mungkar.
Kita solat tapi solat kita dok di terima, ada juga solat kita dok buleh nok cegoh dari fasyak dan mungkar. Kalu betul solat kita, tidok kita berani untuk mendedohkan aurat. Balik dari Mekoh kata, solat. Tapi balik Malaysia, ikut ngat peseng. Beloh sana, dedoh sini. Nak kata dok solat, solat doh tu kira solat hok dop di terima. Tu jadi solat hok dok boleh nok cegoh fasyak dan mungkar.
Kalu salah buat mari insaf tu lain pulok cerita. Orang solat ni, buat saloh tu tetap buat saloh, kita ni bukan maksom, saloh kita buat, kita mari sedor, AllahuAkbar. Li ku li ibni adam, khotto. Setiap anak adam ni khotto, bermula dari Nabi Adam, Bukan dia nok buat benda tu, iblis dok buleh ikut nabi adam, ikut bini dia. Ya bani adam, nak suruh beringat. Kita ni manusia Khotto, yang pernah melakukan silap.
Tidak mustahil bagi orang yang tidak melakukan kesalahan, tetapi adalah mustahil bagi orang itu maksom. Sifat itu hanya diberikan pada nabi sahaja.. Jadi jagalah diri kita, anak bini kita dari segi solat dgn sempurna. Doa kita yang Nabi ajar, supaya tetap kitajaga dan keluarga kita. Jadi kita kena bergantung kepada Allah Taala untuk mencapai tujuan tersebut.
Ya Allah, berilah kami, isteri isteri kami yang sejuk mata memandang dan zuriat zuriat kami yang mendirikan solat.
WallahuAlam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan