Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Rabu, 9 Mei 2012

20 meter padu air bersih percuma. Terima kasih kerajaan negeri Selangor


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

(Saya tidak dilahirkan di negeri Selangor, yang pasti dibesarkan dalam negeri ini sejak umur dua (2) tahun. Sehingga tahun 2002, saya telah berhijrah ke negeri Terengganu.

Saya dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Arwah ayah sempat buat rumah kayu di sana (baca:Setinggan).  Dua (2) tahun sahaja saya di sana jadi tak ada pengalaman menarik sebab saya tak ingat apa-apa masa tu. Ha ha.)

Pada tahun 2008, kerajaan pakatan rakyat telah mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor (ini fakta). Alhamdulillah, Tak ada insiden yang tak diingini berlaku.

Bermula pada bulan Jun 2008, rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu telah dikecualikan untuk membayar bil air sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan. Saya tak pasti kalau guna lebih tapi 20 meter padu adalah lebih dari cukup untuk kegunaan sebulan bagi satu isi rumah.

Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika itu.

Kadar purata rebat yang diberikan oleh kerajaan negeri selangor adalah sebanyak RM 11.00 bagi satu meter individu dan jumlah rakyat selangor yang mempunyai meter individu lebih kurang satu (1) juta orang berdasarkan bil penama penggunaan air di Selangor. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) merupakan anak syarikat kerajaan negeri selangor akan menanggung kos pembayaran kepada SYABAS.

Koma,

Tubuh manusia memerlukan lapan (8) gelas air sehari. Makcik itu kelihatan ceria ketika keluar membeli belah barang keperluan harian. Antaranya beberapa kotak air mineral dalam troli pembelian. Petang nanti makcik dan kawan-kawan ada aktiviti senaman poco-poco di rumah. "Tak mahal, RM 15 aje untuk satu kotak ni"

Info

1.Di negeri Terengganu, pengurusan air di selia oleh Syarikat Air Terengganu (SATU).
2.Surau As Soliheen Kemaman menerima air percuma. (Surau didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Terengganu cawangan Kemaman.)
3. Saya juga menggunakan air tidak lebih dari 20 meter padu sebulan, Saya perlu bayar RM 6 sebagai bayaran perkhidmatan. (Saya tak ingat, Sebab saya akan bayar RM 50 kemudian saya tak bayar selama 6 bulan atau lebih) ha ha.

Tiada ulasan: