Tentang Aku

Foto saya
Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.

Selasa, 27 September 2016

Bagaimana filem MAGNIFICENT 7 membuka minda saya untuk terus berfikir

Hai
Assalamualaikum
                Dah tonton Magnificent 7? Filem koboi yang catchy. Kisah yang agak menarik. Macam biasa, ia kisah perjuangan orang lemah menuntut kembali hak mereka yang dirampas.


Ringkasan cerita, Orang kaya Bogue telah merampas tanah orang kampung secara paksa kerana orang kaya bogue jumpa lombong emas di kawasan kampung tu. Dia paksa orang kampung jual tanah dan yang melawan kena tembak mati.

Jadi disebabkan ada kematian,  ada awek kehilangan suami yang di tembak depan matanya sendiri ingin menuntut bela mendapatkan maruah orang kampung kembali.
Awek tu lari pi kampung sebelah, kemudian macam biasa, ada koboi hero datang. Lepas tu korang dah boleh agak apa berlaku. Ha ha
Saya lebih fokus pada elemen dalam penceritaan.

1.       Orang kampung takut nak melawan. Mereka ni orang petani, bukan askar.
-          Ini memang biasa, kalau di Malaysia, selepas kedatangan British, orang-orang di Tanah Melayu telah disetkan pemikiran mereka sebegini; Orang melayu – memerintah, Orang cina – berniaga, Orang india – di tempatkan dalam estet.
-          So kita mula menyalahkan orang lain sedangkan ia adalah salah kita sendiri sebab tak pernah tahu perkara ni atau tak pernah nak ambil tahu yang British telah setkan minda kita untuk jadi seperti itu.
-          Dan kita mula menyalahkan Mak dan Ayah kita kerana kita jadi macam ni.
-          Sebenarnya bila saya buat survey dan bertanya semua orang, mereka sebenarnya takut untuk membuat perubahan. Mereka selesa dengan apa yang mereka ada sekarang. Mereka suka hidup biasa-biasa tapi inginkan sesuatu yang luar biasa. Lepastu takut.
-          Maksud saya semua orang adalah termasuk semua kaum di Malaysia dan Masalah semua orang adalah hampir sama.
-          Masalah yang sama juga berlaku pada negara luar seperti Singapura dan juga Amerika.
-          Kita dah tak namakan masalah negara, tapi masalah DUNIA. Ha ha

2.       Berserah pada takdir
-          Tahu tak mereka berkumpul dalam gereja. Dalam subtitle tulis rumah ibadat. Mereka bincang perkara ni dalam rumah ibadat. ( ingat – orang Islam tak dibenarkan berbincang hal dunia dalam rumah ibadat. Majlis ilmu takpe. Mana nak bincang bam? Kata rumah ibadat tempat berkumpul. Haish. Bincang kat luar la. Kan sekarang Masjid dah ada dewan, sekolah agama, dataran, Berandar dan macam2 tempat selain didalamnya.)
-          Berserah itu adalah pilihan. Dalam M7 ni diorang memilih untuk akur sahaja dengan perompak tu.  Sebab ada juga yang melawan tapi kena tembak mati.
-          Ramai sebenarnya orang kita ni suka berserah pada takdir. Tak pe la, cukup dah macam ni. Janji cukup makan minum. Kemon. Macammana kita nak bantu keluarga kita sedangkan kita sendiri cukup makan?
-          Semua bangsa pun sama. Saya pernah tanya kawan cina saya, dia kata tak apa, nanti besar dia pandai cari makan sendiri. Hello, Jangan jadikan pokok pisang berbuah 2 kali ok.

3.       Logistic
-          Kalau korang pernah attend seminar Dr. Azizan Osman, dia selalu sebut perkataan lojistik.
-          Logistic ni bukan pengangkutan tau. Saya ingat dulu ia berkaitan dengan pengangkutan. Ha ha.
-          Logistik ni maksudnya berkawan. Chisolm pada awalnya seorang koboi yang mengaku sebagai pegawai yang membawa warran tangkap. Dia tak kata dia polis. Tapi pegawai. Eh. Perasan tak dia kata, dia yang mengaku?
-          Kes ni sama juga macam Dr. Azizan Osman. Dia mengaku Dr. tapi ada orang pertikai mana dia ambil PHD?
-          Sepanjang saya kerja sebagai Engineer, takde pun orang tanya saya kau ada diploma atau ijazah mana2 ke nak jadi engineer ni? Diorang Cuma tanya macam mana nak pasang Wellhead ni? Faham ke faham?
-          Apa yang menyebabkan Chisolm diterima sebagai pegawai yang membawa warran tangkap tu? Selepas tugas beliau selesai membunuh penjenayah tu, dia keluarkan kertas WANTED! Live or dead. Kemudian dapat reward.  OK, Nampak tak?  Orang akan terima dia seadanya sebab dia ada result.  Dr. Azizan Osman juga begitu, ramai orang dapat terima kerana ilmu yang dia share ada result yang bagus.
-          OK. Sorry balik pada Logistic tadi. Untuk tugasan melawan balik orang kaya bogue tu, Chsolm kena ada Team yang kuat. Dalam perjalanan menuju kampung yang di tawan oleh orang kaya Bogue tu, Chisolm Berjaya mengumpulkan 6 orang yang hebat untuk menjadi satu team yang kuat. Dari 7 orang ni, mereka dapat membina satu tribe yang besar.
-          So Logistic sangat penting dalam mebina empayar kehidupan kita.

4.       Semangat setia kawan
-          Ini sangat penting dalam kerja berpasukan. Saling bantu antara satu dengan yang lain. Tak semua orang boleh jadi hero. Semua nak buat kerja sorang.
-          Itu yang berlaku kepada ramai orang. Masak sendiri, jual sendiri dan akhirnya makan sendiri.

OK.
Dah tak boleh nak fikir.
Saja nak update blog.

Korang belajar sesuatu tak daripada penulisan ni?
Kalau ada, share pada kengkawan yang lain. The more you gift, the more you get.

 Berkongsi ilmu untuk saham akhirat nanti.

Take care uols
Assalamualaikum.

#myilham

Tiada ulasan: