Hari ini hari yang sangat memberangsangkan minda aku. Walau aku rasa otak aku sangat lembab. VIP datang melawat kapal; mereka diarahkan untuk ambil berat anak2 kapal yang bekerja di luar pantai sana...
Berbalik kepada tajuk soalan. Jawapannya adalah PR. - Personal Relationship.
PR kena bagus. PR aku tidaklah bagus. Tapi pengalaman hidup banyak mengajar aku tentang PR. Aku masih lagi dalam proses memperbaiki PR aku. Kalau dah berkahwin, orang yang banyak membantu dalam PR adalah wifey kita. Dari dialah kita akan nampak siapa sebenarnya diri kita.
Ingat PR kena bagus walau kita terpaksa hipokrit. Untuk mendapat PR yang bagus kita hendaklah jujur dengan setiap tindakan kita. Buka pintu hati, terimalah teguran. InsyaAllah pasti berjaya.
Ini adalah blog peribadi. Pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh penulis adalah dari pengetahuan, pembacaan, pembelajaran dan pengalaman penulis semata-mata. Tidaklah 100% betul dan perlu di rujuk yang lebih arif. Artikel-artikel di dalam blog ini boleh disebarkan dalam apa jua bentuk dan tidak perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada penulis untuk tujuan perkongsian. Semoga ada manfaat bersama.
Tentang Aku
- Fazrol Bin Che Isa
- Hai Assalamualaikum Saya Fazrol bin Che Isa, Jurutera servis kepala paip telaga minyak. Kepakaran saya ialah membantu Jurutera muda untuk memahami fungsi kepala paip telaga minyak semasa proses carigali sedang berlangsung dan membantu operator untuk memahami fungsi kepala paip semasa proses pengeluaran sedang berlaku. Sekiranya Jurutera tidak dapat memahami dengan baik, kecelakaan akan berlaku, kerosakan serta kerugian yang besar juga boleh berlaku.
2 ulasan:
Setuju. Di mana-mana pun kita, PR skills itu penting.
Masa di sekolah tak diberitahu. Di universiti, tidak ditekankan. Bila mula bekerja, baru terkial-kial nak bina PR skill.
Orang lain yang tak sambung belajar, yang sekolahnya di jalanan, mula bina dari umur jauh lebih muda. Bila bercakap dengan siapa pun, tak jadi halangan dan tak ada rasa takut (walaupun tak ada sijil dan pengesahan dari siapa-siapa untuk katakan yang dia itu bijak dan layak jadi manusia) dan boleh connect dengan mudah.
Secara realitinya aku jenis tak banyak cakap (cuma dalam hati saja riuh, haha). Tapi tahun ni, rasanya lebih baik dari tahun sudah. Belajar bina PR skills. Belajar untuk cuba berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Bila PR skills bagus, campaklah ke mana pun, takkan tenggelam, malah boleh jadi pulau (bukan dipulau)!
Mohon diberikan ruang untuk menyampaikan berita baik ini!
Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!
Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:
http://diskopi.wordpress.com
Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.
Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.
Terima kaseh.
Catat Ulasan