Hai
Assalamualaikum
Dah
tonton Magnificent 7? Filem koboi yang catchy. Kisah yang agak menarik. Macam
biasa, ia kisah perjuangan orang lemah menuntut kembali hak mereka yang
dirampas.
Ringkasan cerita, Orang kaya Bogue telah merampas tanah
orang kampung secara paksa kerana orang kaya bogue jumpa lombong emas di
kawasan kampung tu. Dia paksa orang kampung jual tanah dan yang melawan kena
tembak mati.
Jadi disebabkan ada kematian, ada awek kehilangan suami yang di tembak
depan matanya sendiri ingin menuntut bela mendapatkan maruah orang kampung
kembali.
Awek tu lari pi kampung sebelah, kemudian macam biasa, ada
koboi hero datang. Lepas tu korang dah boleh agak apa berlaku. Ha ha
Saya lebih fokus pada elemen dalam penceritaan.
1.
Orang kampung takut nak melawan. Mereka ni orang
petani, bukan askar.
-
Ini memang biasa, kalau di Malaysia, selepas
kedatangan British, orang-orang di Tanah Melayu telah disetkan pemikiran mereka
sebegini; Orang melayu – memerintah, Orang cina – berniaga, Orang india – di
tempatkan dalam estet.
-
So kita mula menyalahkan orang lain sedangkan ia
adalah salah kita sendiri sebab tak pernah tahu perkara ni atau tak pernah nak
ambil tahu yang British telah setkan minda kita untuk jadi seperti itu.
-
Dan kita mula menyalahkan Mak dan Ayah kita
kerana kita jadi macam ni.
-
Sebenarnya bila saya buat survey dan bertanya
semua orang, mereka sebenarnya takut untuk membuat perubahan. Mereka selesa
dengan apa yang mereka ada sekarang. Mereka suka hidup biasa-biasa tapi
inginkan sesuatu yang luar biasa. Lepastu takut.
-
Maksud saya semua orang adalah termasuk semua
kaum di Malaysia dan Masalah semua orang adalah hampir sama.
-
Masalah yang sama juga berlaku pada negara luar
seperti Singapura dan juga Amerika.
-
Kita dah tak namakan masalah negara, tapi
masalah DUNIA. Ha ha
2.
Berserah pada takdir
-
Tahu tak mereka berkumpul dalam gereja. Dalam
subtitle tulis rumah ibadat. Mereka bincang perkara ni dalam rumah ibadat. (
ingat – orang Islam tak dibenarkan berbincang hal dunia dalam rumah ibadat.
Majlis ilmu takpe. Mana nak bincang bam? Kata rumah ibadat tempat berkumpul.
Haish. Bincang kat luar la. Kan sekarang Masjid dah ada dewan, sekolah agama,
dataran, Berandar dan macam2 tempat selain didalamnya.)
-
Berserah itu adalah pilihan. Dalam M7 ni diorang
memilih untuk akur sahaja dengan perompak tu.
Sebab ada juga yang melawan tapi kena tembak mati.
-
Ramai sebenarnya orang kita ni suka berserah
pada takdir. Tak pe la, cukup dah macam ni. Janji cukup makan minum. Kemon.
Macammana kita nak bantu keluarga kita sedangkan kita sendiri cukup makan?
-
Semua bangsa pun sama. Saya pernah tanya kawan
cina saya, dia kata tak apa, nanti besar dia pandai cari makan sendiri. Hello,
Jangan jadikan pokok pisang berbuah 2 kali ok.
3.
Logistic
-
Kalau korang pernah attend seminar Dr. Azizan
Osman, dia selalu sebut perkataan lojistik.
-
Logistic ni bukan pengangkutan tau. Saya ingat
dulu ia berkaitan dengan pengangkutan. Ha ha.
-
Logistik ni maksudnya berkawan. Chisolm pada awalnya
seorang koboi yang mengaku sebagai pegawai yang membawa warran tangkap. Dia tak
kata dia polis. Tapi pegawai. Eh. Perasan tak dia kata, dia yang mengaku?
-
Kes ni sama juga macam Dr. Azizan Osman. Dia
mengaku Dr. tapi ada orang pertikai mana dia ambil PHD?
-
Sepanjang saya kerja sebagai Engineer, takde pun
orang tanya saya kau ada diploma atau ijazah mana2 ke nak jadi engineer ni?
Diorang Cuma tanya macam mana nak pasang Wellhead ni? Faham ke faham?
-
Apa yang menyebabkan Chisolm diterima sebagai
pegawai yang membawa warran tangkap tu? Selepas tugas beliau selesai membunuh
penjenayah tu, dia keluarkan kertas WANTED! Live or dead. Kemudian dapat
reward. OK, Nampak tak? Orang akan terima dia seadanya sebab dia ada
result. Dr. Azizan Osman juga begitu, ramai
orang dapat terima kerana ilmu yang dia share ada result yang bagus.
-
OK. Sorry balik pada Logistic tadi. Untuk
tugasan melawan balik orang kaya bogue tu, Chsolm kena ada Team yang kuat.
Dalam perjalanan menuju kampung yang di tawan oleh orang kaya Bogue tu, Chisolm
Berjaya mengumpulkan 6 orang yang hebat untuk menjadi satu team yang kuat. Dari
7 orang ni, mereka dapat membina satu tribe yang besar.
-
So Logistic sangat penting dalam mebina empayar
kehidupan kita.
4.
Semangat setia kawan
-
Ini sangat penting dalam kerja berpasukan.
Saling bantu antara satu dengan yang lain. Tak semua orang boleh jadi hero.
Semua nak buat kerja sorang.
-
Itu yang berlaku kepada ramai orang. Masak
sendiri, jual sendiri dan akhirnya makan sendiri.
OK.
Dah tak boleh nak fikir.
Saja nak update blog.
Korang belajar sesuatu tak daripada penulisan ni?
Kalau ada, share pada kengkawan yang lain. The more you
gift, the more you get.
Berkongsi ilmu untuk saham akhirat nanti.
Take care uols
Assalamualaikum.
#myilham